web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Kematian Guru Didakwa Dijangkiti Varian Baru Masih Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 7:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka memerlukan masa kira-kira dua minggu, untuk mengesahkan varian virus yang menjangkiti seorang guru wanita yang meninggal  dunia akibat COVID-19 pada Rabu lepas.

Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ismail Ali berkata, isu tular berkenaan kematian guru berkenaan yang dijangkiti varian baharu COVID-19, adalah tidak tepat.

Beliau berkata, survelan genomik sampel COVID-19 yang dijalankan oleh Institut Perubatan (IMR) adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan varian virus berkenaan.

“Ia merupakan proses yang kompleks dan mengambil masa dua minggu. Varian virus COVID-19 bagi arwah masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru beliau menyeru agar orang ramai berhenti menyebarkan berita tidak benar mengenai kematian guru tersebut.

Mengulas mengenai kronologi kes kematian guru tersebut Dr Ismail berkata, arwah mulai tidak sihat pada 5 Mei lepas dan telah mendapatkan rawatan sebanyak dua kali di klinik swasta berhampiran rumahnya, sebelum mengalami gejala batuk dan susah bernafas bermula 17 Mei.

“Pada 5 pagi 19 Mei, arwah ditemui tidak sedarkan diri dan mengalami kekejangan. Arwah terus dihantar ke Hospital Melaka, diberi bantuan pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut.

“Ujian pengesanan RT-PCR COVID-19 yang dijalankan ke atas arwah mendapati keputusan adalah positif COVID-19 dan keadaan arwah bertambah tenat sebelum disahkan meninggal dunia pada 19 Mei, pukul 11.40 malam,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia