web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Lebih 5,000 orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 12:36PM

Masjid Kampung Limbawang dinaiki banjir dalam gambar yang dirakamkan beberapa hari lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat kepada 5,148 orang pagi ini dengan peningkatan mendadak masih direkodkan di Negeri di Bawah Bayu.

Di Sabah, keadaan banjir semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,722 orang pagi ini berbanding 2,834 petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah dalam kenyataan pagi ini memaklumkan Tenom kekal daerah paling teruk terjejas dengan mangsa banjir 4,147 orang berbanding 2,363 petang semalam, manakala Beaufort juga meningkat kepada 575 pagi ini berbanding 471 petang, semalam.

Kenyataan itu memaklumkan semua mangsa banjir di Sabah ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 35 PPS di Tenom dan tiga di Beaufort, dengan 17 daripadanya baru dibuka

Dewan Sri Ontoros merupakan PPS menempatkan mangsa banjir terbanyak di Tenom iaitu 484 orang, diikuti Rumah Kebudayaan Belumbung Seberang (339) dan Rumah Kebudayaan Angalor (288), sementara di Beaufort,  PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir (238).

Di Sarawak, banjir yang melanda beberapa kawasan di Lawas dan Limbang ekoran hujan lebat sejak malam Rabu menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah Limbang dan Lawas terus meningkat kepada 426 orang daripada 98 keluarga pagi ini berbanding 373 orang daripada 89 keluarga petang semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat JPBN Sarawak, jumlah PPS yang dibuka juga meningkat kepada tujuh berbanding lima PPS semalam dengan dua PPS baru dibuka iaitu Dewan Masyarakat Ukong dan Dewan Masyarakat Buloh Baloi di Limbang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia