web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mangsa Dera Dirawat Sebelum Diserah Kepada Waris Layak, Sesuai

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 11:22AM

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail (kiri) berbual dengan kanak-kanak mangsa dera di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, semalam. gambar Facebook Khairin-Nisa Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lepas akan menerima rawatan terlebih dahulu, sebelum diserahkan kepada waris atau Orang Yang Layak dan Sesuai, di Kedah. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata kanak-kanak itu dilihat ceria ketika bersama bapa, bapa saudara dan datuknya semasa lawatan beliau ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

“Saya juga telah memberikan sumbangan kepada kanak-kanak itu bagi menceriakan lagi perasaannya. Di kesempatan itu juga, kami bersama-sama meraikan ulang tahun kelahirannya bersama bapa kandung, bapa saudara dan datuknya yang datang dari Kedah. 

“Tidak pernah terlepas daripada senyuman, saya berharap agar kanak-kanak ini membesar dengan tabah dan kuat,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau malam tadi.

Khairin-Nisa turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Pelindung Kanak-Kanak dan pihak HSI terutamanya pakar pediatrik hospital kerana menjaga dan memberikan hak yang sepatutnya kepada kanak-kanak berkenaan.

“Turut berterima kasih kepada Penghulu Mukim Plentong Daerah Johor Bahru, Tok Mohd Nurul Faiz Aman, yang bersama-sama ketua-ketua kampung dan Komuniti Pr1ma Bandar Layangkasa yang peka dengan keadaan kanak-kanak itu dan segera bertindak.

“Diingatkan bahawa kes penderaan kanak-kanak boleh disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun, atau dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Sabtu lepas, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya, warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak itu.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 11 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Semasa 11 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad