web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MCMC Nafi Keluar Arahan Untuk PDRM Rampas Telefon Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2021 10:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya merampas telefon mudah alih milik Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC memaklumkan suruhanjaya itu selaku agensi teknikal dalam membantu siasatan PDRM tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk merampas bahan bukti yang diperlukan pihak berkuasa bagi melengkapkan siasatan mereka.

“Sebaliknya, MCMC akan terus mengemukakan bantuan dan syor teknikal, sesuai dengan keperluan siasatan, secara telus tanpa sebarang agenda terlindung termasuk agenda politik,” demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu hari ini.

Semalam, Syed Saddiq mempersoal tindakan polis yang merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Selain itu, MCMC juga menafikan wujudnya unit khas dalam suruhanjaya itu untuk tujuan politik, gangguan politik, kempen sabotaj dan lain-lain sepertimana yang didakwa oleh Syed Saddiq.

MCMC menegaskan ia berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain organisasi MCMC dibentuk dan disusun sesuai dengan peranan kawal selia yang dilaksanakannya.

“Dalam hal ini, MCMC menjemput Syed Saddiq untuk hadir ke suruhanjaya dan kami bersedia memberikan penerangan penuh mengenai peranan dan carta organisasi yang juga boleh didapati dalam laman sesawang rasmi MCMC,” tambah kenyataan tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia