web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ATM Berkeupayaan Bina 2 Lagi Hospital Medan - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2021 4:46PM

Ismail Sabri (dua, kanan) meneliti proses pembotolan vaksin COVID-19 jenis Sinovac ketika lawatan kerja beliau ke kilang pembotolan vaksin tersebut di Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd di Puchong hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkeupayaan membina dua lagi Hospital Medan bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang kian meningkat, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penambahan dua lagi Hospital Medan itu adalah berdasarkan keanggotaan petugas kesihatan ATM yang sedia ada ketika ini.

“Walaupun ketika ini ATM mempunyai tiga Hospital Medan iaitu di Tawau, Sabah; Kapit, Sarawak; dan Kepala Batas, Pulau Pinang, kami (ATM) masih mampu mewujudkan dua lagi Hospital Medan.

“Sebenarnya ATM boleh membina lebih banyak Hospital Medan namun untuk menambahnya, ATM perlu mendapatkan penambahan kakitangan iaitu 30 doktor dan 100 petugas paramedik,” katanya pada sidang media secara maya selepas melakukan lawatan kerja ke Pharmaniaga LifeScience di Puchong, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata dengan penambahan kakitangan itu ia akan dapat membina lebih banyak Hospital Medan serta menambah kelengkapan dan peralatan kesihatan yang lain dalam menguruskan COVID-19.

“Saya telah memohon perkara ini (tambah doktor dan petugas paramedik) kepada kerajaan untuk mempertimbangkannya ... kita tunggulah keputusan daripada kerajaan,” katanya.

Sementara itu di PULAU PINANG, unit rawatan rapi Hospital Medan di Kepala Batas yang dibangunkan dijangka mula menerima pesakit Selasa ini selepas melakukan ‘dry run’ esok.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang melawat hospital itu hari ini berkata terdapat banyak permohonan untuk mendirikan lebih banyak hospital medan di seluruh negara antaranya Negeri Sembilan dan Kelantan.

“Kita akan melihat keperluan sebelum kita menambah. Kita akan menggunakan ruang-ruang yang sedia ada untuk dijadikan ICU pesakit-pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5.

“Apa yang kita lakukan ini adalah menambah bilangan katil ICU, tetapi ia bukan satu penyelesaian kerana kita menjangkakan kes akan meningkat dalam tempoh seminggu dua ini,” katanya sambil menasihatkan orang ramai membuat kawalan pergerakan kendiri dengan duduk di rumah.

Turut hadir Ketua Staf Markas ATM Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Lt Jen Datuk (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh; Panglima 2 Divisyen Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad dan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Asmayani Khalib.

Mohd Zakaria ketika bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu berkata ATM komited membantu dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 melalui Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT).

“Antaranya melaksanakan ujian saringan di zon-zon merah, lapangan terbang serta pintu-pintu masuk negara dan terkini ATM mengatur gerak Field ICU ke Hospital Kepala Batas yang mampu menempatkan 24 pesakit kritikal COVID-19,” katanya.

Kerja-kerja pemasangan hospital medan itu bermula pada 18 Mei dengan bantuan khidmat nasihat teknikal daripada Cawangan Kesihatan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia.

Atur gerak hospital medan itu melibatkan tiga pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat daripada dua Batalion Perubatan, dua pakar bius dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan dua Pakar Teknikal Operasi Hospital Medan.

Peralatan dan kelengkapan pula melibatkan tiga Modul ICU, satu Modul X-Ray, tiga Khemah Uitilis TM 54, tujuh Khemah Utilis TM 26, aset-aset perubatan dan logistik am. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kereta Terbabas Masuk Kawasan Kubur, Rupanya Pemandu Diserang Sawan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia