web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 8:29AM

Suspek terlibat menyamun mangsa sejak Januari tahun lepas - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun yang berlaku di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.

"Dengan tertangkapnya suspek ini kita telah berjaya menyelesaikan 20 kes samun di mesin ATM sekitar bandar raya Ipoh sejak Januari tahun lepas.

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini," katanya.

Yahaya berkata, suspek aktif melakukan jenayah samun secara sendirian dan menyasarkan pelanggan yang sedang mengeluarkan wang di ATM.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan meningkatkan keselamatan diri khususnya ketika mengeluarkan wang daripada mesin ATM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 4 minggu yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 19 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 13 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan