web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Halangan Untuk Beli Sendiri Vaksin COVID-19 Yang Dilulus NPRA - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2021 10:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tiada halangan jika ada pihak di negara ini yang berhasrat membeli sendiri vaksin COVID-19 tetapi pihak itu mesti mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Katalah sesetengah agensi, misalnya Petronas dan sebagainya (hendak membeli), kita tak boleh halang. Syaratnya ia mesti diuji selamat (oleh NPRA) dan kenalah ada lesen... tak boleh curi-curi, seludup bawa masuk,” katanya dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di RTM dan Bernama TV malam ini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang berusaha membekalkan vaksin kepada hospital dan pihak swasta bagi mempercepat proses pemberian vaksin kepada rakyat.

“Dia (proses vaksin di fasiliti swasta) tak kena caj kerana ia tanggungan kerajaan. Kita minta mungkin hospital itu boleh caj RM14 (dibiayai kerajaan) sekali suntikan macam tu dan vaksin tu percuma,” katanya sambil melahirkan keyakinan bahawa sasaran mewujudkan imuniti kelompok di negara ini akan dapat dicapai berikutan jaminan penghantaran bekalan vaksin yang ditempah akan tiba sebelum akhir tahun ini.

“Saya diberitahu oleh menteri (berkaitan), bekalan ini (vaksin) dah mula sampai bahkan saya dimaklumkan akan sampai lebih awal daripada jadual.

“Dahulu kalau jadualnya tahun depan, 2022 baru dapat selesai, tetapi sekarang ini saya telah diberi jaminan katanya sebelum akhir tahun ini akan dapat semua bekalan.

“Maknanya kita boleh dapat capai imuniti kelompok atau 80 peratus suntikan vaksin (untuk penduduk Malaysia) sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Bagi melancarkan proses vaksinasi, Muhyiddin berkata lebih 600 pusat pemberian vaksin (PPV) disediakan setakat ini dengan PPV mega di Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang boleh memuatkan 8,000 orang.

Katanya kerajaan juga menyasarkan seramai 150,000 orang mampu divaksin setiap hari tidak lama lagi dengan kemudahan PPV yang ada.

Beliau juga berkata Malaysia akan mengikut panduan yang ditetapkan oleh pengeluar vaksin berhubung tempoh selang masa antara suntikan pertama dan kedua dalam proses pemberian vaksin COVID-19 kepada rakyat.

“Saya dinasihatkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) kita ikut cara yang diberi oleh pengeluar vaksin.

“Contohnya Pfizer tetapkan buat suntikan kedua lepas 21 hari, jadi kita ikut kata dia (Pfizer) kerana mereka ada pakar yang telah membuat kajian kenapa perlu disuntik selepas 21 hari, kita tidak ada masalah dengan ini.

“Bagi saya, tak kira apa pun setiap orang berhak dapat, jika Johnson&Johson sekali suntik sahaja kita ikut, jika dua dos kita ikut dua dos. Kita ikut dan patuh,” katanya.

Dilaporkan berkuat kuasa 19 Mei lepas, Singapura melaksanakan strategi melanjutkan selang masa antara suntikan vaksin pertama dan kedua selama enam hingga lapan minggu berbanding tiga hingga empat minggu sebelum ini.

Strategi mengutamakan pemberian dos pertama seperti yang turut dilaksanakan oleh negara seperti United Kingdom dan Jerman itu adalah bagi melindungi lebih ramai orang menerusi pemberian dos pertama vaksin dengan lebih cepat.

Muhyiddin turut menitipkan pesanan bagi mereka yang telah lengkap mendapatkan vaksin supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana jangkitan masih boleh berlaku.

“Jangan langgar SOP. Macam saya dah dua dos vaksin, setakat ini semua ujian saya negatif tapi saya tak boleh bangga diri kerana jangkitan di luar ini masih berlaku. Kita takkan rasa selamat di Malaysia kalau seluruh dunia masih belum selamat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia