web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sasaran 150,000 Suntikan Vaksin COVID-19 Sehari Dijangka Bermula Jun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 4:59PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan yakin sasaran 150,000 suntikan vaksin sehari dapat dilaksanakan menjelang Jun ini apabila jumlah bekalan vaksin yang lebih tinggi akan diterima pada bulan hadapan, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.

“Kita telah mencapai 80,000 suntikan sehari setakat minggu lepas dan dengan bekalan vaksin yang semakin banyak kita akan membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk meningkatkan angka vaksinasi dalam tempoh sebulan ke dua bulan ini sehingga 150,000 suntikan sehari,” katanya.

Bercakap kepada media selepas melakukan lawatan di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam di sini hari ini bagi pemberian hari pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca, beliau berkata sasaran kerajaan juga masih kekal untuk mencapai imuniti kelompok sebelum Disember tahun ini.

Dalam pada itu, Ahmad Amzad berkata kerajaan juga sedang menimbang cadangan agar pemberian dos kedua vaksin dilambatkan bagi memastikan seramai mungkin penduduk Malaysia mendapat dos pertama vaksin bagi mencapai imuniti kelompok dengan segera.

“Apa-apa pun kita kena mengikut apa yang disyorkan oleh pihak pengeluar vaksin kerana ia berkaitan dengan isu jaminan, keberkesanan dan sebagainya, pada masa sama kita juga melihat amalan yang telah dibuat oleh negara luar,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia