web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Tren Di Laluan Kelana Jaya Terlibat Kemalangan, 166 cedera, 47 parah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 May 2021 10:29PM

Gambar menunjukkan penumpang yang cedera akibat kemalangan tersebut. - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa penumpang cedera dalam satu insiden melibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya, malam ini.

Beberapa video serta gambar mengenai kejadian yang memaparkan keadaan tren dengan cermin pecah dan beberapa penumpang cedera dengan kepala berdarah, dikongsi di beberapa platform media sosial.

Turut dikongsi netizen perkembangan semasa suasana dipercayai di Stesen LRT KLCC, dengan pasukan polis dan medik dilihat membantu penumpang-penumpang yang tercedera.

Keadaan di dalam salah sebuah tren yang terlibat dalam kemalangan. - Gambar dari Twitter
Keadaan di dalam salah sebuah tren yang terlibat dalam kemalangan. - Gambar dari Twitter

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan malam ini mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan trennya bernombor 40 dan 81 terlibat dalam satu insiden dan pasukannya sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat.

"Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan," menurut kenyataan itu.  

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah yang kini berada di Stesen LRT KLCC mengesahkan kejadian.

Perkembangan mengenai insiden berkenaan akan dimaklum dari masa ke semasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia