web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekalan Beras Putih Tempatan Di Selangor Cukup Hingga Akhir Bulan Ini

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 8:06PM

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika menghadiri majlis apresiasi Jualan Ehsan Rahmah dan pelancaran logo baharu Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor hari ini. gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) bagi negeri Selangor adalah mencukupi sehingga penghujung September ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian susulan krisis kekurangan BPT yang timbul di negara ini membabitkan beberapa negeri dan Selangor berada di dalam keadaan yang baik dengan stok beras sedia ada.

"Sehubungan dengan itu, keperluan Beras Putih Tempatan di negeri Selangor adalah sebanyak 45,500 tan metrik sebulan. Mengikut keperluan bulanan ini, stok BPT di negeri Selangor adalah mencukupi sehingga penghujung bulan ini. 

"Pada masa yang sama, bekalan BPT akan mula stabil bermula bulan Oktober ini dengan pengeluaran semula padi di utara Semenanjung Malaysia dan negeri Selangor mula dituai," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada krisis tersebut, kerajaan negeri akan melaksanakan jualan beras dengan harga mampu milik seiring dengan langkah kawalan harga siling penjualan BPT oleh kerajaan persekutuan.

Katanya, jualan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) itu akan dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Selangor dan akan berlangsung sehingga hujung tahun ini.

"Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan penjualan beras 5 kilogram (kg) satu beg dengan harga RM13 bagi manfaat rakyat negeri Selangor.

"Jualan ini akan dilaksanakan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) di empat outlet PKPS serta tiga lokasi jualan bergerak pada setiap hari sehingga bulan Disember 2023," memetik kenyataan itu lagi.

Amirudin berkata, pihaknya juga sudah menubuhkan Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor (KSPDS) yang bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai kekurangan stok beras di kedai dan juga pasaran.

Katanya, sebarang permasalahan berkaitan bekalan makanan ruji itu boleh menghubungi KSPDS di talian 03-32898419 ataupun 017-2230771 untuk bercakap secara terus ataupun melalui aplikasi WhatsApp.

Kerajaan Negeri juga melalui KSPDS komited untuk mengambil tindakan dalam tempoh masa 24 jam bagi mengatasi aduan bekalan beras putih tempatan. - Getaran, 21 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Mahu Penguatkuasaan Lebih Kerap Tangani Isu Beras Tempatan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

FAMA Siasat Dakwaan Beras Putih Tempatan Tidak Berkualiti

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 1 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia