web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 8:15AM

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Kerajaan Selangor menyasarkan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu selewat- lewatnya pada Julai ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, hal ini berdasarkan taklimat yang diterima daripada Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor yang merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sudah diarahkan untuk menyalurkan lebihan dana Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), membabitkan pemberian bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada golongan berkenaan.

"Ada sebahagian mereka yang hanya memerlukan tambahan RM17 lagi kepada pendapatan mereka untuk keluar daripada tahap kelompok kemiskinan setiap bulan.

"Jadi, saya percaya dengan pemberian bantuan RM300 itu dicampur dengan zakat sebab (dalam jumlah senarai miskin tegar itu) kita ada 500 lebih masyarakat Melayu dan selebihnya bukan Melayu yang akan dapat kita tangani," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan raya anak muda Batang Kali di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai isu Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa, Amirudin berharap ia tidak dijadikan isu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.

"Biar SPRM jalankan tugas ... kita (Pakatan Harapan) tak mahu mencatatkan kejayaan berdasarkan daripada bencana yang menimpa pihak lawan.

"Apa yang cuba ditampilkan PH ialah menunjukkan yang telah dicapai terutamanya sumbangan mendiang Lee Kee Hiong (penyandang kerusi DUN KKB) dan perkara yang bakal dilaksanakan oleh calon Pang Sock Tao, di samping sokongan kuat program kebajikan dan pembangunan kerajaan negeri," kata Naib Presiden PKR itu.

PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafızah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini, manakala pengundian awal pada 7 Mei. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kemiskinan Tegar Di Sabah Tidak Boleh Disamakan Dengan Semenanjung - Shafie

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Usaha Basmi Kemiskinan Tegar Di KL, Melaka, Negeri Sembilan Capai 100 Peratus - PM

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kurangkan Beban Rakyat Palestin, Selangor Sumbang RM1 Juta Untuk AAKRP

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Pertimbang Longgar Syarat Mohon Rumah Kasih Johor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia