web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usaha Basmi Kemiskinan Tegar Di KL, Melaka, Negeri Sembilan Capai 100 Peratus - PM

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 9:29PM

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status 100 peratus.

Beliau berkata usaha mengeluarkan golongan miskin tegar daripada garisan kemiskinan tidak hanya membabitkan kaum majoriti Melayu sebaliknya merangkumi etnik lain seperti India dan Cina.

"Di Kuala Lumpur, walaupun majoritinya Melayu tetapi nisbah (populasi kaum) India sangat tinggi dan setiap keluarga India di Kuala Lumpur kita bantu untuk lepaskan daripada garis kemiskinan tegar. Ini pendekatan kita tetapi kadang-kadang kita hadapi pemimpin masyarakat (yang) tanya lagi peruntukan orang India.

"Bagi saya, setiap orang (yang) miskin tegar tidak kira (kaum) Cina, Melayu (atau) India, kita selesaikan dan di Kuala Lumpur, Melaka serta Negeri Sembilan daripada angka yang kita peroleh, sudah 100 peratus tercapai," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia di sini hari ini.

Usaha pembasmian kemiskinan tegar adalah antara agenda utama Kerajaan Perpaduan yang membabitkan usaha pelbagai kementerian dan agensi sekali gus memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negara dapat dinikmati oleh semua pihak tanpa ada yang tercicir. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kemiskinan Tegar Di Sabah Tidak Boleh Disamakan Dengan Semenanjung - Shafie

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

4

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah