web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Pertimbang Longgar Syarat Mohon Rumah Kasih Johor

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Oct 2023 4:20PM

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (tujuh dari kanan) dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Datin Paduka Dr Suhailizan Suliman (enam dari kiri) bergambar selepas melawat enam lokasi tapak binaan Rumah Kasih Johor bagi daerah Kulai, hari ini. gambar FB Mohd Jafni Md Shukor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Kerajaan Negeri Johor akan memperhalusi serta mempertimbangkan untuk melonggarkan syarat bagi mereka yang berminat untuk memohon Rumah Kasih Johor (RKJ) pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, ketika ini, antara syarat yang ditetapkan adalah pemohon terdiri daripada kalangan golongan miskin dan miskin tegar di bawah sistem e-Kasih dan mempunyai tanah.

"Sekarang, nama mereka perlu ada dalam geran untuk mereka memohon RKJ. Kita akan longgarkan syarat itu pada masa akan datang sebab kita dapati orang susah ini tidak memiliki tanah.

"Kita akan tengok balik dan beri kelonggaran. Sebagai contoh, mungkin pemohon yang ada saudara-mara, adik-beradik, jiran yang mempunyai tanah serta boleh beri kebenaran untuk bina RKJ kepada golongan susah ataupun ada tanah kerajaan yang kita boleh beri, kita akan buatkan rumah untuk mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Rumah Kasih Johor di Kampung Melayu Air Bemban di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ), Datin Paduka Dr Suhailizan Suliman.

Dalam pada itu, Mohd Jafni berkata, kerajaan negeri akan menambah peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina RKJ tahun hadapan.

"Tahun ini RM5 juta, tahun depan RM10 juta untuk 100 unit. Sasaran kita hingga 2026 adalah sebanyak 500 unit. Kita tambah susulan maklum balas yang diterima daripada masyarakat sangat baik,” kata beliau.

Projek fasa pertama RKJ yang membabitkan lima penerima terpilih bagi setiap 10 daerah di negeri ini, dimulakan bulan lepas dan dijangka siap pada suku pertama 2024. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kemiskinan Tegar Di Sabah Tidak Boleh Disamakan Dengan Semenanjung - Shafie

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Usaha Basmi Kemiskinan Tegar Di KL, Melaka, Negeri Sembilan Capai 100 Peratus - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Anwar Adakan Perjumpaan Khas Bersama Ahli Parlimen Komuniti India

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia