web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Anwar Adakan Perjumpaan Khas Bersama Ahli Parlimen Komuniti India

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Jun 2023 9:09PM

Anwar Ibrahim berhasrat untuk menokhtahkan kemiskinan tegar di negara ini, termasuk dalam kalangan masyarakat India yang disifatkan antara kaum yang paling miskin di Semenanjung - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menokhtahkan kemiskinan tegar di negara ini, termasuk dalam kalangan masyarakat India yang disifatkan antara kaum yang paling miskin di Semenanjung.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi K.Saraswathy berkata perkara itu disuarakan Anwar semasa Perbincangan Bersama Perdana Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen Komuniti India Kerajaan Perpaduan, di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

“Sementara menumpukan perhatian untuk menoktahkan kemiskinan tegar semua kaum, komuniti India juga harus diberi perhatian supaya hasrat kerajaan MADANI untuk memberi peluang yang saksama kepada semua pihak.

“Ini satu mesej daripada Perdana Menteri, bahawa tiada sesiapa pun harus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas pertemuan itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan; Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran; Senator Datuk Nelson Renganathan; Senator Datuk C. Sivaraj dan Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) Datuk Ramanan Ramakrishnan.

Sementara itu Ramanan berkata Perdana Menteri memaklumkan telah membuat satu kajian mengenai hala tuju masyarakat India di negara ini, dalam usaha menjaga kebajikan kaum itu bagi jangka masa panjang.

“Dalam pertemuan satu jam itu, Perdana Menteri telah memberi maklumat agak terperinci dan apa keinginan beliau terhadap pemimpin masyarakat India. Isu Mitra pun dibangkitkan, kami telah selesai satu taklimat kepada Perdana Menteri dan hantarkan laporan kami,” katanya.

Ramanan berkata Anwar juga telah mendengar semua pandangan pemimpin India, yang meliputi pelbagai perkara selain turut membincangkan isu berkaitan pendidikan, kemiskinan, kewarganegaraan dan Pelan Tindakan Masyarakat India. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia