web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hati Saya Dah Tak Sedap, Bimbang Keselamatannya - Ibu Mangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 8:14AM

Penumpang yang mengalami kecederaan apabila 2 tren LRT terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru dibawa ke hospital. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  "Saat Raiyan bagi tahu tren yang dia naik alami kemalangan, hati saya dah tak sedap, bimbang keselamatan dia," luah Mazuin Bahari, 51, ibu kepada salah seorang penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) yang cedera dalam insiden pertembungan dua tren LRT di sini malam tadi.

Beliau berkata sejurus selepas insiden, anaknya Tengku Ahmad Raiyan Tengku Naha, 27, yang ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Cheras, terus menghubungi beliau bagi memaklumkan berita mengenai kejadian.

"Waktu dia (Raiyan) telefon itu, dia beritahu kaki kanannya tidak boleh digerakkan selain turut berasa sakit pada bahu akibat hentakan kuat.

"Saat itu saya bersama suami terus bergegas ke lokasi kejadian, namun diberitahu semua mangsa telah dibawa ke hospital," katanya yang sama sekali tidak menyangka kejadian itu berlaku di negara ini, kerana baginya berita kemalangan seumpama itu biasa didengarnya berlaku di luar negara sahaja.

Seorang lagi ibu mangsa, Syafiza Abd Hashib, 45, berkata beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan daripada anaknya Adzleen Syzarenna, 24, melalui satu nombor telefon yang tidak dikenali.

Syafiza berkata anaknya yang bekerja di sebuah bank di Ampang sering menggunakan pengangkutan awam itu untuk berulang-alik ke rumah sewanya di Subang. 

"Anak telefon dan beritahu terlibat dalam kemalangan tren, dan kejadian itu baharu seminit berlaku, dan dia bagi tahu cedera di bahagian pergelangan kaki dan tak boleh bangun.

"Saya terkejut dan terus ke lokasi kejadian, sempat berjumpa dengan dia yang masih berada dalam keadaan terkejut," katanya. 

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati beberapa ahli keluarga menunggu di perkarangan unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) penuh sabar bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berhubung mangsa yang sedang menerima rawatan.

Awalnya lebih 10 ambulans dilihat tiba di unit kecemasan hospital, membawa mangsa yang cedera dalam kemalangan itu, dengan kebanyakan mereka yang kelihatan lemah, dibantu oleh kakitangan perubatan untuk dibawa masuk bagi mendapatkan rawatan.- Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia