web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenaikan Caj Klinik Kesihatan Kerajaan Mesej Palsu - KKM

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 6:15PM

KKM nafi keluarkan maklumat palsu mengenai kenaikan caj perkhidmatan Klinik Kesihatan milik kerajaan. - gambar KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kenaikan caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan milik kerajaan. 

Jurucakap kementerian berkata, pihaknya memandang serius penyebaran maklumat palsu yang kini sedang tular di media sosial.

Menurut beliau, maklumat palsu berkenaan menyebarkan info kononnya caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan milik kerajaan bakal dinaikkan.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat

“KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan,” katanya.

Jelas jurucakap itu, orang ramai perlu menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu, dan tidak menghebahkan maklumat tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu,” katanya.

Mesej palsu kenaikan caj klinik kesihatan tersebut dikesan mula tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu. 

Susulan penularan, KKM dan kerajaan sekali lagi menjadi mangsa kecaman, oleh pihak yang tidak mahu menyelidik kesahihan info diterima terlebih dahulu. - Getaran, 25 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Elaun Lokum RM80 Sejam Bagi Pegawai Perubatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Denda Untuk Pemandu Kenderaan Awam Bawa Pekerja Asing Dakwaan Palsu - Ruslin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

SPRM Kesan Mangsa Sindiket Darjah Kebesaran Palsu

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Semasa 22 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 22 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan