web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dr Noor Hisham Dilantik Sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan USCI

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 5:37PM

Pengumuman pelantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI di akaun Facebook UCSI baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI, berkuat kuasa 1 Oktober ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSI, Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata Dr Noor Hisham akan bertanggungjawab menetapkan hala tuju strategik Hospital UCSI, sebuah hospital swasta di Port Dickson, Negeri Sembilan dan anak syarikat lain di bawah Kumpulan Kesihatan UCSI.

“Beliau akan berkhidmat sebagai Pakar Perunding Bedah (pelawat) dalam bidang payudara, endokrin dan pembedahan am,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham juga dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti UCSI dan akan menyumbang kepada program latihan klinikal dan penyelidikan perubatan, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Dr Siti Hamisah yang juga Naib Canselor Universiti UCSI berkata, kepakaran dan pengalaman luas dalam dasar penjagaan awam yang dimiliki Dr Noor Hisham akan memberi banyak manfaat kepada universiti itu dan Kumpulan Kesihatan UCSI. 

“Beliau (Dr Noor Hisham) merupakan pejuang barisan hadapan dalam memerangi wabak pandemik (COVID-19) yang lepas, beliau memimpin melalui teladan dan rekod prestasinya dalam perkhidmatan awam tiada tandingannya. Saya yakin dia akan membawa UCSI ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. 

Dr Noor Hisham bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada April lepas setelah 35 tahun berada dalam perkhidmatan awam dan menerima pelbagai anugerah atas sumbangannya dalam penjagaan kesihatan awam dan kepimpinanannya semasa wabak itu.

Beliau juga diiktiraf oleh China Global TV Network sebagai seorang daripada tiga doktor terbaik dunia yang mengetuai usaha memerangi COVID-19 bersama Pakar Penyakit Amerika Syarikat Dr Anthony Fauci dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Ashley Bloomfield. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Muhammad Radzi KP Baharu Kementerian Kesihatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan Wujud Aktiviti Jual Beli Organ Perlu Dianggap Serius – KKM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

COVID-19 Kembali Meningkat, Kluster Pendidikan Penyumbang Terbesar Pertambahan Kes

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM