web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19 Kembali Meningkat, Kluster Pendidikan Penyumbang Terbesar Pertambahan Kes

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 9:31AM

Kluster pendidikan menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes COVID-19 sejak Januari hingga 1 April lalu - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kluster pendidikan menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes COVID-19 sejak Januari hingga 1 April lalu, apabila ia merangkumi 11 daripada 18 kluster yang direkodkan dalam tempoh itu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tujuh kluster lain yang dicatatkan dari Minggu Epidemiologi (ME) 1/2023 hingga ME 13/2035 itu adalah lima kluster kumpulan berisiko dan dua kluster pusat tahanan.

“Daripada 11 kluster pendidikan dilaporkan itu, enam daripadanya membabitkan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM), iaitu tiga kolej dengan masing-masing satu sekolah agama menengah, sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah.

“Manakala lima kluster pendidikan lain adalah empat maktab dan satu taska,” katanya menerusi kenyataan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi Ke-13/2023, iaitu pada 26 Mac hingga 1 April lalu.

Beliau berkata, peningkatan kes dan kluster COVID-19 pada ketika ini berlaku berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac lalu.

Katanya, peningkatan kes itu juga disebabkan pergerakan masyarakat yang banyak sewaktu musim cuti sekolah.

Justeru, beliau berkata, KKM ingin memberi penekanan kepada sektor pendidikan berhubung kepentingan menjalani saringan bergejala terhadap pelajar, guru dan kakitangan sebelum masuk ke kawasan sekolah atau institusi, selain menjalankan ujian RTK-Ag ke atas mereka mengikut strategi pengujian COVID-19.

“Memperkasa ibu bapa untuk memantau status kesihatan anak dan bertanggungjawab dengan tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bergejala.

“Menjalankan penilaian risiko penularan jangkitan COVID-19 di institusi masing-masing dari semasa ke semasa, agar tindakan pencegahan dapat segera diambil,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM juga mengingatkan Pegawai Kesihatan Daerah agar kes positif dilaporkan pihak sekolah atau institusi pendidikan disiasat dan dijalankan penilaian risiko, bagi menilai status penularan jangkitan.

Peningkatan kes itu juga disebabkan pergerakan masyarakat yang banyak sewaktu musim cuti sekolah - Gambar Hiasan
Peningkatan kes itu juga disebabkan pergerakan masyarakat yang banyak sewaktu musim cuti sekolah - Gambar Hiasan

“Selain itu, tindakan pembersihan dan disinfeksi serta pengesanan kontak perlu dijalankan, di samping pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19.

“Bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat, orang ramai disarankan supaya terus mengamalkan TRIIS, iaitu Test (uji), Report (lapor), Isolate (asing), Inform (maklum) dan Seek (mendapatkan rawatan),” katanya.

Tegasnya, golongan berisiko tinggi juga dinasihatkan ke fasiliti kesihatan berhampiran agar dapat dibuat penilaian kesihatan dan kesesuaian pengambilan rawatan antiviral.

Manakala, bagi memantapkan pengurusan kluster, ujarnya, individu yang layak, disaran segera mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19.

Bagi individu berumur lima tahun sehingga 17 tahun pula, katanya, mereka boleh mendapatkan dos penggalak pertama.

“Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas, boleh mendapatkan dos penggalak kedua.

“Ini bertujuan mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi dan kematian, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kemasukan pesakit COVID- 19, termasuk individu disyaki dijangkiti virus itu ke fasiliti kesihatan awam bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhannya, meningkat sebanyak 24.1 peratus pada ME 13/2023, berbanding ME 12/2023.

Jelasnya, jumlah itu membabitkan pesakit kategori 1 dan 2 yang meningkat sebanyak 80 peratus, manakala pesakit kategori 3, 4 dan 5 (bertambah 33.3 peratus).

Golongan berisiko tinggi dinasihatkan ke fasiliti kesihatan berhampiran agar dapat dibuat penilaian kesihatan dan kesesuaian pengambilan rawatan antiviral - Gambar hiasan
Golongan berisiko tinggi dinasihatkan ke fasiliti kesihatan berhampiran agar dapat dibuat penilaian kesihatan dan kesesuaian pengambilan rawatan antiviral - Gambar hiasan

Selain itu, beliau berkata, peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 13/2023, berbanding ME 12/2023 menunjukkan peningkatan satu peratus bagi katil bukan kritikal, manakala tiada perubahan untuk katil Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila kekal dengan tiga peratus dan peratusan pesakit virus itu yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat satu peratus.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, status terkini kes COViD-19 di negara ini dari 25 Januari ME 4/2020 hingga 1 April 2023 (ME 13/2023), menyaksikan kumulatif kes baharunya adalah 5,052,337 kes; kes sembuh (5,004,546 kes), purata kes aktif (10,324 kes), kes kematian (36,984 kes) dan kluster (7,183 kes) dengan kluster aktif 11.

Ujarnya, Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam, namun orang ramai perlu terus mematuhi saranan KKM, iaitu mengamalkan 3W (wash, wear dan warn), selain mengelakkan 3S (sempit, sesak dan sembang rapat).

“Orang ramai juga digalakkan memakai pelitup muka sekiranya bergejala, terutama di kawasan ramai orang dan sesak. Pemakaian pelitup muka adalah diwajiban semasa di fasiliti kesihatan dan semasa menaiki kenderaan awam (kecuali dalam kapal terbang).

“Kumpulan berisiko tinggi seperti warga tua, individu penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung juga digalakkan memakai pelitup muka,” katanya. – Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Di Sarawak: Jumlah Mangsa Terus Meningkat

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Semasa 21 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris