web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Banjir Di Sarawak: Jumlah Mangsa Terus Meningkat

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 12:16PM

Semua mangsa ditempatkan di empat PPS di bahagian selatan negeri - gambar JBPN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan 402 orang daripada 106 keluarga setakat
8 pagi ini berbanding 191 orang daripada 54 keluarga petang semalam.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan negeri.

"Tiga PPS di kawasan Kuching melibatkan Dewan Kampung Sinar Budi Baru, Dewan Masyarakat Stapok dan yang terbaharu, Dewan Serbaguna Taman Malihah telah diaktifkan lewat petang semalam.

"Satu PPS di kawasan Bau iaitu Dewan Kampung Segong menempatkan sembilan mangsa," menurut laporan itu.

PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 182 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (151) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60).

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Hilang Bot Karam Di Sungai Rajang

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Disambar Buaya Ketika Tangkap Ikan Di Tebing Sungai

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 11 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran