web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Disambar Buaya Ketika Tangkap Ikan Di Tebing Sungai

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2024 6:22PM

Anggota bomba meninjau lokasi mangsa dilaporkan disambar buaya - Gambar JBPM Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki disambar buaya ketika sedang menangkap ikan di Sri Aman, Sarawak petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada jam 7.30 petang.

Menurut beliau, mangsa ketika itu berada di tebing Sungai Semeruang di Kampung Bangkong Asal, Pantu.

“Mangsa bersama tiga rakannya sedang melakukan aktiviti menangkap ikan sebelum disambar reptilia tersebut pada jam 5 petang.

“Sebaik menerima laporan, lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman diketuai Komander Operasi PPgB Muhammad Adam Amran ditugaskan ke lokasi ldengan menaiki sebuah Toyota Hilux,” katanya.

Jelas jurucakap itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kali pertama dimulakan jam 9.10 pagi tadi dengan bantuan pelbagai agensi.

“Antara yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan warga kampung yang turut menghulurkan bantuan,” katanya.

Difahamkan, pasukan SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menjalankan misi mengesan dan mencari mangsa.

“Dua melakukan pencarian di tebing sungai manakala sebuah pasukan lagi dikerah mencari di kawasan berair dengan menggunakan bot,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah