web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 12:18PM

Perbicaraan Najib Tun Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah ditangguhkan sehingga 19 Jun untuk memberi peluang kepada pihak pendakwaan untuk meneliti dokumen untuk diserahkan kepada pembelaan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Tun Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, ditangguhkan ke 19 Jun.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan penangguhan peguam Datuk K. Kumardendran dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, masing-masing mewakili Mohd Irwan dan Najib untuk menangguhkan kes berikutan terdapat lebih 100 dokumen belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Permohonan pembelaan juga tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.

"Perbicaraan ditangguhkan sehingga 19 Jun untuk memberi peluang kepada pihak pendakwaan untuk meneliti dokumen untuk diserahkan kepada pembelaan.

"Dua minggu memadai untuk pembelaan meneliti dokumen dan menyediakan pembelaan, perbicaraan akan bermula 19 Jun ini," kata Hakim Muhammad Jamil.

Terdahulu, Kumardendran berkata antara dokumen yang masih belum diterima ialah memo surat mesyuarat Kabinet, e-mel yang merujuk kepada pernyataan saksi pembelaan
serta kenyataan yang dirakamkan saksi-saksi kepada pegawai penyiasat.

"Kami juga memaklumkan kepada pihak pendakwaan bahawa kenyataan beramaran itu telah dipinda oleh anak guam kami semasa siasatan...ia tidak pernah disampaikan kepada kami walaupun telah diberikan peringatan kepada mereka. Yang Arif, saya juga ingin memaklumkan kepada mahkamah bahawa abang ipar saya meninggal dunia hari ini dan sebagai abang sulung saya perlu berada di krematarium pada jam 12 tengah hari," katanya.

Sementara itu, Muhammad Shafee turut memohon mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan hari ini kerana terdapat banyak lagi dokumen yang belum diserahkan oleh pihak pendakwaan.

"Kami menjangkakan pihak pendakwaan akan menyerahkan kepada kami (dokumen itu selewat-lewatnya hari ini). Terdapat tujuh jilid dokumen yang perlu disemak.

"Dokumen yang tidak ada ini akan menyebalbkan banyak penangguhan sekiranya perbicaraan bermula hari ini. Melainkan sehingga kami melihat bagaimana pihak pendakwaan membawa kes menggunakan dokumen mereka, kami tidak dapat melihat keterangan dalam pembelaan kami," kata Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee berkata terdapat juga perbicaraan lain yang sedang dijalankan melibatkan Naji dengan pasukan pembelaan yang sama, iaitu kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan saman sivil SRC International Sdn Bhd.

"Bagi 1MDB, kami sedang dalam penyediaan penghujahan dan seluruh pasukan saya telah terlibat dan saya mesti katakan kami keletihan tetapi kami mengejar untuk menyelesaikan penghujahan itu pada bulan Julai.

"Kalau Yang Arif mahukannya, kita boleh pecahkan tarikh itu kerana ada hari antaranya, saya pasti kita boleh cari hari, jika tidak perbicaraan ini hanya akan bermula pada 2025," katanya.

Pada peringkat ini, Muhammad Saifuddin berkata pihaknya telah menyerahkan dokumen sebanyak empat peringkat sejak 2018 sehingga 2021.

"Pada pagi ini, kita telah sediakan tujuh bundle dokumen untuk dirujuk kepada saksi-saksi dan serah kepada pembelaan untuk disemak semula, kalau tiada (dokumen) kami terpaksa rujuk kepada pegawai penyiasat sama ada kita pernah rampas atau ada dalam simpanan mereka. Untuk kelancaran perbicaraan ini, saya tidak membantah jika ia (perbicaraan) ditangguhkan," katanya.

Pada 24 Oktober 2018, Najib, 70, dan Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perbicaraan Kes 1MDB Terpaksa Ditangguh Selepas Najib Alami Cirit-Birit

3

Muzik 9 bulan yang lalu

Dato’ Shake Tangguh Konsert Di Zepp KL

4

Muzik 10 bulan yang lalu

Konsert Hrithik Roshan Ditangguh, Peminat Boleh Tuntut Bayaran Tiket

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka