web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Alhamdulillah, Semuanya Selamat…’ - Ah Pek

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 4:33PM

Kereta dinaiki empat sekeluarga yang dilaporkan hilang selepas bercuti ke Pulau Perhentian - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat sekeluarga termasuk sepasang kanak-kanak yang dikatakan hilang selepas bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu minggu lalu diberitakan berada dalam keadaan selamat.

Mengesahkan perkara itu, bapa dua kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Ah Pek berkata, kesemua mereka berada dalam keadaan selamat di Kluang, Johor.

“Alhamdulilah ibu mentua, adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai.

“Terima kasih pada semua rakan,pihak polis dan semua yg (yang) terlibat membantu kes ini sehingga selesai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Ah Pek, beliau masih dalam perjalanan pulang dari Terengganu, selepas bergegas ke negeri terbabit bagi mencari keempat-empat ahli keluarganya itu.

“Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk tarik laporan. Yang bahawasanya kes sudah selesai.

“Tanpa bantuan anda siapalah saya. Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih bg (bagi) semua yg (yang) membantu, mendoakan,menyampaikan. Semoga Tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan2 (tuan-tuan) semua. Alhamdulilah Syukur,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli Pertubuhan Amal Komuniti Besut dikenali sebagai Ahmad Nazrul berkata, kereta dinaiki empat beranak tersebut ditemui di sebuah kedai makan di Kluang.

Menerusi hantaran di Facebook, dia memaklumkan, gambar kereta itu dihantar oleh seorang rakannya.

Suraidah Abdul Ghani dan dua cucunya sebelum bertolak ke Pulau Perhentian - gambar Facebook
Suraidah Abdul Ghani dan dua cucunya sebelum bertolak ke Pulau Perhentian - gambar Facebook

“Kereta yang dinaiki empat beranak ini ditemui di sebuah kedai makan di Kluang, Johor.

“Sahabat kami telah bergegas ke kedai tersebut dan mendapati kereta ini telah tiada di kedai itu,” katanya.

@getaranmy Empat sekeluarga termasuk sepasang kanak-kanak yang dikatakan hilang selepas bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu minggu lalu diberitakan berada dalam keadaan selamat. Mengesahkan perkara itu, bapa dua kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Ah Pek berkata, kesemua mereka berada dalam keadaan selamat di Kluang, Johor. Baca artikel di getaran.my #getaranmy #beritafyp #beritatiktok #berandatiktok ♬ original sound - Getaran

Jelas Ahmad Nazrul, pemilik kedai telah mengesahkan empat beranak terbabit berhenti dan makan di kedai berkenaan.

“Seorang lelaki dipercayai salah seorang yang hilang dalam kes ini iaitu Aiman Rafee telah menbayar makanan yang mereka makan.

“Alhamdulillah mereka telah disahkan selamat tiba di rumah mereka di Kluang Johor,” katanya.

Terdahulu, Ah Pek merayu bantuan ramai untuk mengesan ibu mentua, adik ipar dan dua anaknya yang hilang, selepas bercuti ke Pulau Perhentian. - Getaran, 3 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

6 Pendaki Sesat Di Gunung Angsi Ditemukan Selamat, Seorang Cedera - Bomba

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Boss Mario Ditemui Selamat, Sedang Dirawat Di Hospital

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia