web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terima Kasih Maryam, Saya Akan Percepat Selesaikan Masalah Tandas Sekolah - PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 8:08AM

Surat daripada Maryam yang dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di akaun Facebooknya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan untuk meneliti dan mempercepatkan masalah tandas sekolah demi kesejahteraan anak-anak di sekolah.

Menerusi catatan di Facebook semalam, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau menceritakan keadaan tandas di sekolahnya.

“Terima kasih Maryam. Saya akan berusaha dengan lebih teliti dan percepat selesaikan masalah ini demi kesejahteraan anak-anak di sekolah,” kata Perdana Menteri.

Sebahagian surat tulisan tangan daripada Maryam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebahagian surat tulisan tangan daripada Maryam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran itu Anwar turut berkongsi surat Maryam yang ditulis tangan dalam Bahasa Inggeris dan merujuk beliau sebagai Uncle Anwar. 

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' pada Jumaat berkata, projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini juga.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 Anwar berkata, tidak boleh diterima akal bahawa selama ini anak-anak dibiarkan mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Sukan 2 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 17 jam yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran