web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saman Fitnah: Mahkamah Perintah Tajuddin Bayar Kos RM120,000 Kepada Khalid, KiniTV

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 5:07PM

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membayar kos RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd.

Khalid dan KiniTV sudah mendapat kebenaran untuk meneruskan rayuan mereka bagi mendapatkan kos daripada Tajuddin yang saman fitnahnya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk S. Nantha Balan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Dr Choo Kah Sing dalam keputusan sebulat suara, memerintahkan Tajuddin membayar kos RM60,000 masing-masing kepada Khalid dan KiniTV.

“Kos termasuk kos perbicaraan Mahkamah Tinggi, kebenaran untuk merayu di Mahkamah Rayuan dan untuk prosiding hari ini,” kata Nantha Balan, ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak memberikan kos kepada Khalid dan KiniTV.

Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi telah meninggalkan amalan biasa dengan tidak memberikan kos kepada defendan (Khalid dan KiniTV) selepas mereka berjaya dalam kes mereka.

“Hakim itu telah melakukannya atas kerelaan sendiri tanpa memberi peluang kepada pihak-pihak untuk berhujah mengenai kos. Satu-satunya alasan, seperti yang dikatakan oleh hakim itu adalah kes kepentingan awam. Undang-undang adalah jelas dan kos sepatutnya diberikan,” katanya.

Hakim Nantha Balan mempersoalkan sama ada ini memang kes kepentingan awam hanya kerana kedua-duanya adalah Ahli Parlimen dan kenyataan media dibuat di lobi.

“Saya rasa itu tidak menjadikannya sebagai kes kepentingan awam tetapi orang ramai mungkin berminat dengan perkara itu,” katanya sambil menambah Khalid dan KiniTV berhak menerima kos kerana terdapat banyak kerja yang terlibat kerana saman itu difailkan pada Februari 2017 dan perbicaraan berlangsung dari 2019 hingga 2021.

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk S.N. Nair dan K. Shanmuga, masing-masing mewakili Khalid dan KiniTV, manakala Datuk Hasnal Rezua Merican mewakili Tajuddin.

Pada 22 Februari 2022, Mahkamah Tinggi menolak saman Tajuddin terhadap Khalid, KiniTV dan NSTP tanpa kos.

Tajuddin memfailkan saman itu pada 26 April 2017, mendakwa Khalid mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya termasuk memanggilnya dengan kata-kata kesat ketika mengadakan dua sidang media di lobi Parlimen, masing-masing pada 21 dan 24 November 2016.

Beliau mendakwa kenyataan pertama Khalid diterbitkan NSTP melalui artikel bertajuk Fury over Deputy Minister’s Remark pada 22 November 2016 dan kenyataan kedua defendan disiarkan di KiniTV pada 24 November tahun sama, manakala kedua-dua kenyataan itu juga diterbitkan di Youtube yang boleh diakses oleh orang ramai.

Tajuddin mendakwa kedua-dua kenyataan itu antara lain bermaksud, beliau tidak layak menjadi Ahli Parlimen dan bertindak bertentangan dengan ajaran serta budaya Islam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 26 minit yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa 17 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight