web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dos Vaksin Tidak Bazir Walaupun 10,000 Tak Hadir Janji Temu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 1:15PM

Orang ramai diminta sentiasa semak MySejahtera bagi mengetahui status jemputan untuk vaksinasi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tiada pembaziran vaksin COVID-19 dilaporkan walaupun seramai hampir 10,000 individu tidak hadir pada tarikh janji temu suntikan yang ditetapkan bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Kelantan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Husin berkata individu yang sudah mendaftar dan tidak dapat hadir pada tarikh janji temu itu akan digantikan dengan individu lain dalam kriteria yang sama.

"Malah masih ramai rakyat Kelantan mengharapkan mereka mendapat suntikan vaksin lebih awal tanpa perlu menunggu tarikh yang akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Dr Zaini turut menasihati orang ramai untuk sentiasa menyemak MySejahtera bagi mengetahui status jemputan untuk vaksinasi.

"Sila patuhi tarikh dan masa janji temu. Jika tidak dapat hadir atas sebab tidak dapat dielakkan, maklumkan kepada pusat pemberian vaksin (PPV) untuk penjadualan semula janji temu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata orang ramai tidak dibenarkan hadir bagi 'walk-in' kerana setiap ketidakhadiran penerima telah ada senarai pengganti untuk dipanggil.

"Sabar menanti giliran masing-masing dan mendapat vaksinasi awal bukan bermakna tidak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," tambahnya.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata setakat semalam, seramai 35,905 individu yang telah menerima suntikan dos pertama bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri berkenaan.

Beliau juga menjelaskan seramai 66,314 orang daripada 125,744 individu berumur 60 tahun ke atas yang layak menerima suntikan vaksin bagi fasa kedua program imunisasi di Kelantan telah mendaftar sebagai penerima vaksin dengan MySejahtera. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia