web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kecaman Tak Halang Grab Menyumbang, Beri RM1 Juta Untuk Gaza

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 8:27PM

Grab Malaysia sumbang RM1 juta kepada Program Bantuan Kemanusiaan Gaza MERCY Malaysia. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun berdepan kritikan hebat gara-gara konflik Israel-Palestin, Grab Malaysia tidak ketinggalan menyumbang kepada Program Bantuan Kemanusiaan Gaza MERCY Malaysia.

Jurucakap syarikat e-Hailing itu berkata, sumbangan RM1 juta itu adalah tanda simpati mereka atas penderitaan ditanggung rakyat Palestin.

Menurut beliau, Grab mengutuk dan menentang sebarang tindakan keganasan yang mengancam kemanusiaan. 

“Justeru, Grab Malaysia sekali lagi berganding bahu dengan MERCY Malaysia untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Tabung Bantuan Palestin, bagi membantu komuniti yang disokong oleh MERCY secara aktif sejak 2008. 

“Grab Malaysia telah menjalin kerjasama yang erat dengan MERCY Malaysia sejak 2021, menerusi pembabitan dalam pelbagai bantuan kemanusiaan di Malaysia, termasuk tabung bantuan banjir serta pengurusan bencana,” katanya.

Jelas jurucakap itu, pengguna Grab juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards mereka untuk menyokong usaha MERCY Malaysia, sekali gus membuat perubahan nyata dalam kehidupan individu yang terjejas.

“Grab Malaysia turut menyasarkan untuk memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas dengan membantu menyediakan akses kepada perubatan, makanan, bekalan air dan pelbagai lagi, dan mengutamakan kesejahteraan mereka. 

“Kami juga menekankan komitmen kepada prinsip kemanusian dan keamanan, dan secara keras menentang sebarang keganasan yang melanggar hak asasi manusia,” katanya.

Tegas beliau, syarikat ini menyokong sebarang usaha yang membawa kepada keamanan yang berkekalan serta adil.

“Grab Malaysia dan MERCY Malaysia sedang bekerjasama untuk mewujudkan program dan inisiatif yang mampan, dalam memastikan kesan positif yang berkekalan kepada pelbagai komuniti terjejas, dengan menyasarkan pemulihan segera, daya tahan dan sokongan jangka panjang. 

“Selain itu, bermula 8 November 2023 hingga 8 Mei 2024, Grab akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards, sebagaimana pelaksanaan sumbangan amal melalui GrabRewards sebelum ini,” katanya. - Getaran, 6 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran