web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ribuan Ahli Terapi Terlatih Bakal Hilang Pendapatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 May 2021 3:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Industri perkhidmatan kecantikan bagi wanita membabitkan spa dan terapi, semakin tertekan sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 10 Mei lalu.

Dijangka ribuan ahli terapi terlatih terpaksa berhenti kerja dan mencari sumber pendapatan lain, jika larangan dikenakan terhadap sektor perkhidmatan ditawarkan mereka dikuatkuasakan bagi tempoh lebih lama berbanding cadangan asal PKP yang dijadualkan berakhir awal bulan depan.

Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA), Irene Ong ketika ditemui berkata, tindakan kerajaan mengarahkan sektor perkhidmatan kecantikan ditawarkan tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP seolah ‘membunuh’ perniagaan mereka yang sudah berada di tahap kritikal sejak kira-kira setahun lalu.

“Kalau penguatkuasaan ini berterusan untuk tempoh lebih panjang, sudah tentu ramai ahli terapi terlatih dan pekerja spa terpaksa mencari kerja lain.

“Ini adalah realiti yang sedang dihadapi kami dalam industri spa di Malaysia dan kita masih berharap akan menerima ‘lampu hijau’ daripada kerajaan untuk membuka semula perniagaan secepat mungkin,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Irene berkata, selain perkhidmatan terapi dan spa, ahli MAWSPA turut merayu kerajaan memberikan kebenaran bersyarat kepada sektor berkaitan seperti refleksogi, dandanan rambut, tukang gunting serta salon kecantikan untuk beroperasi ketika PKP.

Irene Ong
Irene Ong

“Ini adalah pusingan ketiga PKP dan sekali lagi kami diarahkan tidak beroperasi. Memang beginilah kebiasaannya, apabila kami adalah antara sektor pertama diarahkan tutup dan terakhir dibenarkan beroperasi.

“Semua petugas di spa atau pusat rawatan kami mengikuti semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kami menggunakan pelitup muka, peralatan pelindung diri (PPE) sepanjang menjalankan operasi malah sehingga hari ini, kita tidak pernah dengar kewujudan kluster membabitkan industri spa atau (pusat) kecantikan, jadi kenapa kami sering menjadi mangsa apabila PKP dikuatkuasakan,” katanya.

Sementara itu, Irene yang juga Pengarah MAWSPA Pahang berpendapat, kerajaan perlu menimbangkan kos tambahan yang terpaksa ditanggung pengusaha spa, jika pekerja sedia ada terpaksa berhenti berikutan larangan untuk premis itu beroperasi.

“Setiap kali kami mengambil pekerja baru, kami perlu melatih mereka antara dua minggu hingga sebulan sebelum boleh memberikan perkhidmatan memuaskan kepada pelanggan.

“Kos (tambahan) ini akhirnya menambahkan lagi beban kepada pengusaha spa yang sudah sedia kehilangan sumber pendapatan akibat PKP dan masalah ini perlukan penyelesaian lebih realistik memandangkan ramai yang bekerja di spa serta pusat kecantikan adalah ibu tunggal, jadi, bagaimana nasib mereka jika kehilangan kerja,” katanya.

Beliau turut memaklumkan semua ahli MAWSPA mempunyai pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) memandangkan industri spa dan rawatan kecantikan turut memainkan peranan dalam merancakkan sektor pelancongan domestik dan industri perhotelan.

“Semua ahli berdaftar dengan MAWSPA hanya memfokuskan kepada industri kesihatan dan kecantikan, tidak terbabit dengan aktiviti bermotifkan hiburan atau perkhidmatan yang tidak mematuhi undang-undang.

“Saya sangat berharap perkara ini diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak kerajaan dan fikirkan juga masalah kebanyakan ahli kami yang kehilangan sumber pendapatan apabila tidak dibenarkan beroperasi,” katanya. - Getaran, 27 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 7 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia