web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Tambah Baik Sistem Pendaftaran Permohonan Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 May 2021 2:19PM

Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan akan melakukan penambahbaikan terhadap sistem pendaftaran vaksin agar matlamat sasaran imuniti kelompok dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebelum hujung tahun ini, tercapai.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata pendaftaran untuk mendapatkan slot satu juta dos vaksin AstraZeneca yang ditawarkan semalam sangat luar biasa kerana lebih satu juta orang mengakses ke dalam sistem permohonan tersebut.

“Kerana itu sistem yang telah dibuat ‘stress test’ sebelum ini tanpa masalah pun menjadi sesak dan terganggu.

“Bagaimanapun, kerajaan menerima segala teguran dan saranan pelbagai pihak tentang aspek kelancaran pendaftaran ini. Begitu juga dengan modul MySejahtera yang masih perlu ditambah baik secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya malam tadi.

Semalam, orang ramai meluahkan kekecewaan mereka dalam pelbagai platform media sosial kerana gagal membuat permohonan mendapatkan slot vaksin AstraZeneca walaupun telah cuba masuk ke dalam sistem itu lebih awal.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata kerajaan memutuskan untuk memberi dos suntikan AstraZeneca kepada sesiapa sahaja yang berusia lebih 18 tahun dan bersetuju menerima suntikan vaksin itu secara sukarela berikutan berlaku banyak penolakan sebelum ini.

Tempahan vaksin AstraZeneca itu hanya dibuka untuk penduduk di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia