web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ajal Dengan Lori Sampah, 3 Ditemui Rentung

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 8:13AM

Bahagian hadapan lori sampah yang terbakar sebanyak 50 peratus - gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiga individu menemui ajal dalam keadaan ngeri, apabila kesemuanya rentung selepas Proton Perdana yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori sampah, di Ipoh, Perak malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, panggilan mengenai nahas tersebut diterima pada jam 8.05 malam.

Menurut beliau, kemalangan berlaku di Kawasan Perindustrian Bercham.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh ditugaskan ke lokasi dan mereka turut dibantu BBP Tambun serta Pasukan Bomba Sukarela Bercham.

“Setiba di lokasi, didapati Proton Perdana terbabit terbakar sehingga 95 peratus manakala bahagian hadapan lori pula mengalami kebakaran sebanyak 50 peratus,” katanya.

Pasukan bomba terpaksa menggunakan kren untuk mengalihkan lori - gambar JBPM Perak
Pasukan bomba terpaksa menggunakan kren untuk mengalihkan lori - gambar JBPM Perak

Jelas Sayani, identiti dan jantina kesemua mangsa bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

“Difahamkan bomba terpaksa menggunakan bantuan kren untuk mengalihkan lori sampah, sebelum menemui tiga mangsa yang sudah rentung dalam Proton Perdana berkenaan.

“Ia menyebabkan operasi memadam api dilakukan menggunakan dua aliran dari air tangki jentera bomba,” katanya.

Operasi terbabit diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mahmud Azaddin Mohd Najamuddin dan tamat sekitar jam 11.35 malam. – Getaran, 14 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

3

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Maut, 6 Cedera Nahas 2 Kereta

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 15 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Politik 1 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos