web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Boikot Adalah Hak Pengguna - Fuziah

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 8:33PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika ini tidak mempunyai sebarang dasar berhubung tindakan memboikot sesuatu barangan oleh pengguna, kata Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh.

Menyentuh mengenai tindakan pengguna memboikot produk berkait Israel, beliau berkata, kerajaan tidak boleh menghalang kerana ia adalah hak mereka.

“Sebagai kerajaan pendirian kita adalah menyokong Palestin, itu pendirian kita. Tetapi sama ada interpretasi itu nak menyokong, boikot atau tidak, itu terserah kepada individu atau pengguna,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, semua jenama asing di Malaysia adalah milik syarikat tempatan melalui konsep francaisi induk yang tertakluk pada Akta Francais 1998.

“Contoh seperti McDonald yang merupakan milik Gerbang Alaf Sdn Bhd dan Starbuck milik Berjaya Group. Syarikat Gerbang Alaf Restoran Sdn Bhd mempunyai lebih 300 outlet dan jumlah pekerja tempatan lebih 25,000 orang.

“Jenama antarabangsa ini mereka bayar royalti. Akan tetapi pengguna yang membuat keputusan,” katanya sebelum Rang Undang-undang Perbekalan 2024 kemudiannya diluluskan di Dewan Rakyat dengan lebih suara bersetuju.

Persidangan bersambung esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

2

Semasa 4 hari yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

3

Politik 1 minggu yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Luar Negara 22 jam yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 13 jam yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran