web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kluster Tempat Kerja Sumbang 39 Peratus Jumlah Kluster Aktif - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 May 2021 7:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara kini berdepan kes jangkitan COVID-19 kluster tempat kerja tertinggi selain kluster perayaan dan rentas negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berkongsi maklumat melalui akaun Facebooknya, beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 233 kluster tempat kerja yang masih aktif direkodkan melibatkan 16,785 kes aktif.

Ini menurutnya menyumbang kepada 39 peratus daripada keseluruhan 593 kluster yang masih aktif dalam negara.

Beliau memaklumkan terdapat pengurangan bilangan subkluster dilaporkan setiap minggu berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 pada 12 Mei lepas dengan beberapa sekatan dan penutupan sektor dilaksanakan, termasuk arahan bekerja dari rumah yang kemudiannya diperketatkan sejak Selasa lepas.

Turut berkurangan, ialah kluster pentadbiran awam, pembinaan dan perkhidmatan.

Namun begitu, Dr Noor Hisham berkata bilangan subkluster yang dilaporkan secara mingguan misalnya bagi subkluster pembuatan, menunjukkan peningkatan iaitu daripada 14 kluster seminggu sebelum PKP 3.0 kepada antara 21 hingga 25 kluster, selepas PKP 3.0.

“Oleh itu, Kementerian Kesihatan menyeru semua pekerja untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja untuk mengurangkan risiko jangkitan.

“Majikan juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan segala SOP dipatuhi di tempat kerja,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia