web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Terima 37 Laporan Berhubung Ancaman Bom Palsu Di Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 7:39PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 37 laporan polis berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara setakat jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia melibatkan 28 sekolah antarabangsa, tujuh sekolah swasta dan dua sekolah kerajaan.

Beliau berkata, Selangor adalah negeri tertinggi iaitu sebanyak 15 laporan polis, diikuti Kuala Lumpur sebanyak enam, Johor (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (dua), Negeri Sembilan (dua), Kedah (satu), Sarawak (satu) dan Sabah (satu).

“Susulan itu, PDRM telah membuka sembilan kertas siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Semalam,  Razarudin memaklumkan PDRM telah menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Ancaman berkenaan dihantar menerusi dua akaun e-mel menggunakan nama 'taktstorer' yang bermaksud 'pengganggu ketenteraman' dalam bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia