web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Maut, 3 Cedera Lori Tanah Rempuh 3 Kenderaan Di Pokok Sena

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 5:12PM

Kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kolon, Pokok Sena. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dua wanita maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori tanah di Jalan Kolon, Pokok Sena, dekat sini, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, kejadian kira-kira 9.55 pagi itu mengakibatkan Romadiah Ismail, 65, dan Nadzifah Abu Seman, 28, yang menaiki kereta jenis PERODUA Bezza meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bomba menerima panggilan berkaitan kemalangan itu pada jam 9.59 pagi, seterusnya tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Pokok Sena serta Kuala Nerang digegaskan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan lori tanah 10 tan yang dipercayai terbabas sebelum merempuh PERODUA Bezza, PERODUA Axia dan Toyota Hilux,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat tiga mangsa tersepit di dalam PERODUA Bezza serta PERODUA Axia dan mereka berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Menurut Ahmad Aminudin, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan.

Operasi berkenaan, katanya, tamat sepenuhnya pada jam 12.07 tengah hari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia