web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Juga Akan Laksana 'Total Lockdown' - Ketua Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 7:36AM

Sabah akan umumkan SOP berhubung pelaksanaan total lockdown dalam masa terdekat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown seperti yang diputuskan Kerajaan Persekutuan dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. 

Beliau berkata sehubungan itu kerajaan negeri akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi langkah tersebut dalam masa terdekat termasuk sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi. 

Katanya, kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Pejabat Perdana Menteri berhubung pelaksanakan total lockdown selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun selari dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Oleh itu, kerajaan negeri juga memutuskan untuk melaksanakannya di negeri ini," katanya dalam kenyataan di sini malam ini. 

Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini. 

Malaysia hari ini mencatat 8,290 kes positif baharu COVID-19 yang mana daripada jumlah itu sebanyak 308 kes direkodkan di Sabah. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia