web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KKM Siasatan Dakwaan Kematian Pesakit Tidak Terima Rawatan Tepat

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 1:18PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan berhubung kematian seorang pesakit lelaki yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani seperti yang ditularkan di media sosial, Khamis lalu.

HSAH dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihak pengurusan hospital telah memulakan siasatan berhubung kejadian pada Khamis dan memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus, mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

“KKM mengambil maklum sebaran tular di media sosial pada Khamis lalu, berkenaan seorang pesakit yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAH, sehingga menyebabkan pesakit meninggal dunia.

“Perkara ini dianggap serius dan siasatan akan dijalankan untuk memastikan dakwaan tersebut, benar ataupun tidak. Hasil siasatan hanya akan dimaklumkan kepada waris pesakit bagi mengawal kerahsiaan maklumat,” katanya.

Dalam kenyataan itu, HSAH turut memaklumkan pihak KKM juga tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapat rawatan di fasiliti itu.

“KKM ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan amat kesal dengan kejadian berkenaan. Menjadi keutamaan KKM untuk sentiasa memastikan keselamatan pesakit dan perkhidmatan pelanggan diberikan mengikut standard yang ditetapkan, tanpa mengabaikan hak pelanggan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran bertajuk ‘sakit jantung tapi bagi ubat gastrik, 5 jam kemudian beliau meninggal dunia!!’, di mana dikatakan seorang pesakit berusia 51 tahun telah dibawa ke hospital berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah malam setelah mengalami sesak nafas dan sakit dada.

Menurut hantaran itu, penolong pegawai perubatan hospital berkenaan yang melakukan pemeriksaan di wad kecemasan, didakwa memaklumkan pesakit tersebut mengalami gastrik dan diminta menunggu giliran untuk pemeriksaan lanjut, bagaimanapun sehingga pukul 4.30 pagi, pesakit itu masih tidak dirawat.

Pada pukul 6 pagi, keadaan pesakit tersebut dikatakan tenat dan telah dibawa ke Zon Merah wad kecemasan itu, sebelum meninggal dunia pada pukul 6.31 pagi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 8 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Luar Negara 9 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya