web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Hampir Setiap Hari Urusan Pengebumian Diadakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 2:35PM

Jenazah mangsa COVID-19 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL- Karak. - Gambar Twitter JAWI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lepas sehingga hari ini, hampir 150 jenazah yang dikaitkan dengan virus COVID-19 telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL- Karak.

Kawasan perkuburan berkenaan berada di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Apa yang menyedihkan, JAWI dalam ciapan di akaun twitternya menyatakan, jika dulu dua atau tiga hari sekali pengebumian diadakan di tanah perkuburan tersebut, namun kini hampir setiap hari ada kematian dan urusan pengebumian dijalankan.

"Jika dulu 2-3 hari sekali, kadangkala seminggu sekali, kini hampir setiap hari. Jaga diri, jaga keluarga, moga Allah lindungi kita semua." kata JAWI dalam ciapan berkenaan.

Kes COVID-19 juga semakin meningkat hampir setiap hari dan susulan itu PKP total lockdown ke atas sektor sosial dan ekonomi akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun depan.

Sektor ekonomi dan perkhidmatan penting (essential services) dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Fasa Pertama sehingga 14 Jun ini. - Getaran, 29 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia