web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga 6 Produk Gardenia Alami Kenaikan - GBKL

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 5:05PM

Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 200g antara yang mengalami kenaikan harga. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar roti ternama Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) mengesahkan harga enam produk mereka dinaikkan berkuat kuasa 1 Jun ini. 

GBKL dalam kenyataan hari ini memberitahu produk Gardenia yang akan mengalami perubahan harga ialah Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 200g; Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 375g dan Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 200g.

Selain itu, produk Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 375g; Gardenia Auntie Rosie - Original Homestyle Kaya 200g dan Gardenia Auntie Rosie - Natural Pandan Kaya 200g turut mengalami perubahan harga.

Pengurusan syarikat itu memaklumkan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, GBKL telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan.

“Selama ini GBKL menyerap kos kenaikan tersebut dan kini GBKL tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini,” menurut kenyataan itu. 

Bagaimanapun, pengurusan GBKL menjelaskan harga bagi produk Gardenia yang lain masih dikekalkan dan GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk-produk tersebut.

“Antara bahan-bahan mentah yang mengalami kenaikan mendadak adalah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain.

“Fokus GBKL adalah untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang dan kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu,” menurut kenyataan itu.  - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia