web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Politikkan Isu Berkaitan Agama, Pendakwah Harus Bijak Jawab Persoalan - YADIM

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 9:10AM

Ustaz Azhar Idrus - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -  Sebarang isu  berkaitan dengan agama Islam tidak boleh dipolitikkan sehingga mencetuskan ketegangan yang boleh menggugat keharmonian.

Jurucakap Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkata, mana-mana pendakwah yang mempunyai pengaruh serta pengikut harus bijak dan wajib menyampaikan atau menjawab sesuatu persoalan dengan berhati-hati dan penuh bertanggungjawab.

Menurut beliau, YADIM memandang serius kenyataan seorang pendakwah yang melabel pemimpin kanan negara, dipercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesat apabila merujuk Ashabul Kahfi sebagai beragama Kristian.

“Amat tidak wajar sikap terus menghentam dan menyesatkan mereka yang berbeza pendapat dan pandangan dalam isu-isu khilafiah agama, kerana sikap tersebut akan membantutkan perkembangan ilmu dan daya penyelidikan. Lebih membimbangkan sikap itu akan menyebabkan pergaduhan dan tuduh menuduh sesama umat Islam yang tidak berkesudahan.

“Pemuda-pemuda Kahfi ini adalah sekumpulan pemuda yang mempertahankan akidah suci berhadapan dengan pemerintah yang zalim dan memaksa mereka menganut fahaman syirik. Walaupun mereka akan dikenakan tindakan yang keras daripada pemerintah, mereka berani berhadapan kerana keteguhan prinsip mereka,” katanya.

Jelas jurucakap itu, YADIM percaya Kristian yang dimaksudkan Perdana Menteri merujuk kepada golongan Nasara yang mentauhidkan Allah SWT, sebagaimana ajaran Nabi Isa AS, sekali gus selari dengan risalah Rasulullah SAW.

“Ibnu Kathir dalam Al-Bidayah Wa An-Nihayah (2/114) menukilkan pandangan sebahagian ahli tafsir bahawa tujuh pemuda tersebut wujud selepas kedatangan Nabi Isa AS, dan mereka beriman kepada Allah SWT melalui ajaran Nabi Isa dan dipanggil sebagai Nasara/Nasrani (Kristian).

“Ibn 'Ashur dalam tafsirnya juga menyebut kecenderungannya bahawa peristiwa itu berlaku sebelum ajaran al-Mash 'Isa kerana mengambil kira kepada hujah Sababun Nuzul ayat ini. Ibn 'Ashur juga menyebut bahawa gua-gua memang menjadi pilihan sebagai tempat perlindungan golongan Kristian yang ditindas suatu masa dahulu dan mereka turut membawa anjing untuk tujuan keselamatan,” katanya.

Tegas jurucakap tersebut, pendakwah juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk memeriksa dengan teliti atau mengambil pendekatan tabayyun, sebelum menjawab dan mengulas sesuatu perkara.

“YADIM juga menyeru agar para pendakwah dan asatizah tidak mudah untuk menggunakan dan mengeluarkan sesuatu gelaran sesat, munafik, kafir dan sebagainya apabila merujuk kepada seseorang figura yang tidak sependapat atau sehaluan dalam politik atau perkara-perkara khilaf dalam agama. 

“Mengambil pandangan dan pendapat yang mu' tabar (berautoriti) adalah lebih baik daripada berpandukan kepada pandangan individu,” katanya.

Perdana Menteri (tiga, kiri) dilabel sebagai jahil, sesat dan keliru oleh UAI kerana merujuk Ashabul Kahfi sebagai pengikut agama Nasrani - gambar PMO
Perdana Menteri (tiga, kiri) dilabel sebagai jahil, sesat dan keliru oleh UAI kerana merujuk Ashabul Kahfi sebagai pengikut agama Nasrani - gambar PMO

Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dipetik sebagai berkata, kisah agama Ashabul Kahfi menerima pandangan berbeza dalam kalangan ulama.

Pandangan yang kuat bagaimanapun jelas pejabat itu, menggolongan Ashabul Kahfi sebagai pengikut agama Nasrani.

“Penggunaan istilah agama Kristian hanya muncul setelah Nabi Isa AS diangkat ke langit, manakala perkataan Christ memiliki maksud yang sama dengan perkataan Al-Masih dalam bahasa Hebrew yang bermaksud Rasul yang dipilih dan ia disebutkan dalam Al Quran. 

“Oleh itu mengatakan bahawa Ashab al-Kahfi adalah beragama Kristian tidak menjadi kesalahan. Namun harus dibezakan antara agama yang diubah dan ditokok tambah dari ajaran tauhid yang sebenar dengan agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa AS. Dalam pegangan akidah Islam, semua agama yang datang sebelum Islam telah dimansuhkan dengan kedatangan Islam,” katanya. 

Kisah Ashabul Kahfi yang dipetik Perdana Menteri pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) lalu menjadi isu hangat apabila ia diulas oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Lebih dikenali sebagai UAI, beliau menerusi satu ceramah melabelkan Anwar sebagai sesat, jahil dan keliru walaupun tidak mendengar konteks sebenar ucapan disampaikan Perdana Menteri pada perhimpunan berkenaan. - Getaran, 23 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 9 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

2

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

3

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan