web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Biadab Hina Agong, Tindakan Lanjut Selepas Siasatan Polis - Fahmi 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 12:45PM

Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - PKR tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat ahlinya, Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di media sosial.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata pihaknya akan menunggu hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Iswardy adalah seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hierarki pimpinan PKR Sarawak mahupun pusat.

"Kenyataan beliau sama sekali tidak mewakili pendirian parti PKR, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti," katanya hari ini.

Fahmi berkata, Iswandy pernah dikenakan amaran keras pada April lalu oleh Biro Politik PKR.

"Ucapan beliau di dalam video-video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincang di dalam Biro Politik PKR, dan amaran keras pernah diberikan ke atasnya April lalu," katanya.

Semalam, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya kini membuka tiga kertas siasatan selepas menerima laporan berhubung video berkenaan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelmarin, Iswardy memuat naik video secara 'live' berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Al-Sultan Abdullah seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes COVID-19. - Getaran, 30 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia