web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10,000 Orang Asli Temiar Di 7 Penempatan Terputus Hubungan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 12:04PM

Keadaan terkini banjir di Kelantan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Kira-kira 10,000 masyarakat Orang Asli Temiar yang tinggal di tujuh penempatan di sekitar di jajahan ini terputus hubungan selepas laluan Kuala Betis-Gua Musang mengalami bencana tanah runtuh, jambatan runtuh serta kawasan dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata, penempatan itu melibatkan Pos Tohoi, Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Gob, Pos Simpor dan Kuala Betis.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS)  telah dibuka di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis sejak Ahad untuk menempatkan kira-kira 100 mangsa daripada kaum Temiar yang terjejas dalam bencana tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Syahbuddin berkata, penduduk yang tidak terlibat dengan pemindahan tetapi terputus hubungan, turut menerima bantuan bekalan makanan yang dihantar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menggunakan lori yang dikendali anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sejak semalam, berikutan peningkatan paras air yang hanya dapat dilalui oleh kenderaan tersebut. 

“Kami pantau dari semasa ke semasa dengan pihak berwajib untuk memastikan agar segala keperluan dan bekalan makanan sampai ke rumah mereka yang terjejas,” katanya. 

Sementara itu, penduduk Orang Asli dari Kampung Jenot, Roma Manan, 37, berkata, selain berpindah ke PPS berhampiran, penduduk juga berlindung di atas bukit di Kampung Lambok, RPS Kuala Betis. 

“Orang Asli yang tinggal berdekatan Sungai Betis telah membuat persediaan awal membina rumah perlindungan di atas bukit. Malah sejak hujan tidak berhenti kelmarin mereka semua telah mula berpindah ke sana,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Luar Negara 22 jam yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Jual Beras Dalam Talian, Anda Boleh Didakwa’ - KPKM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim