web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Azalina Gesa Siasatan Segera Pekerja Asing Dijanji Pekerjaan Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 1:09PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menggesa siasatan segera dijalankan ke atas ejen yang bertanggungjawab menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan yang tidak wujud.

Gesaan beliau itu susulan laporan media semalam bahawa polis menahan sekumpulan 171 lelaki warga Bangladesh yang berjalan kaki secara beramai-ramai di Pengerang, Johor, seperti yang dirakam dalam video yang menjadi tular.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, turut menyifatkan insiden di kawasannya itu sebagai 'hanya sebahagian daripada masalah besar' dan berkata syarikat terbabit perlu disiasat untuk menentukan bagaimana pekerja asing yang sah boleh dieksploitasi dan dijanjikan dengan pekerjaan di Malaysia.

“Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan pencabulan hak asasi manusia termasuk dalam sektor perniagaan. Sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan tegas terhadap perniagaan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, hari ini.

Pada masa yang sama, Azalina turut memuji Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong kerana menghulurkan bantuan kepada pekerja asing yang tertipu itu.

“Sebagai Ahli Parlimen Pengerang, saya telah menghubungi YB Steven Sim kerana saya diberitahu bahawa kira-kira 2,500 daripada pendatang yang ditipu ini berada di Pengerang. Individu di sebalik sindiket ini mesti bertanggungjawab dan siasatan segera mesti dijalankan ke atas siapa yang mengeluarkan permit ini tanpa pekerjaan,” tambahnya.

Dalam laporan media semalam, Sim berkata, kementeriannya akan membantu warga Bangladesh yang ditipu itu atas alasan kemanusiaan kerana kes yang melibatkan penahanan mereka adalah di luar bidang kuasa kementerian.

Selain itu, beliau berkata, kementerian juga akan memanggil majikan yang dinyatakan dalam dokumen warga asing dan agensi terbabit untuk membantu mereka dalam siasatan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora berkata, sekumpulan 171 lelaki warga Bangladesh berjalan kaki untuk ke Balai Polis Bayu Damai, kira-kira 10 kilometer dari asrama mereka bagi membuat laporan kerana mendakwa tidak mendapat tawaran kerja daripada ejen dalam tempoh tiga hingga enam bulan lepas. 

Beliau berkata, kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 43 tahun, mempunyai dokumen yang sah telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana tinggal lebih masa di negara ini mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 20 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 5 jam yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight