web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 8:39AM

Saifuddin Nasution Ismail (berbaju putih) mengiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ketika lawatan ke Penjara Seberang Perai. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh membawa masuk pekerja asing ke negara ini selepas 31 Mei.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini berikutan tempoh yang diberikan oleh Malaysia adalah munasabah, untuk menguruskan segala prosedur pekerja asing.

"Pada ketika kita tetapkan tarikh itu (31 Mei), kita telah mengambil kira semua proses makna bermula dari kuota diluluskan, pemeriksaan kesihatan, mendapatkan visa dan mengatur tiket.

"Ternyata baru-baru ini, jumlah kemasukan lebih 20,000 pekerja asing dalam masa empat hari (28 hingga 31 Mei) dan apabila kita semak antara yang masuk itu, kelulusan visa itu diperoleh pada November lepas. Isunya kenapa tunggu sampai 31 Mei untuk bawa masuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Lawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ke Penjara Seberang Perai, di sini semalam.

Saifuddin berkata mengikut unjuran jumlah dengan trend kemasukan lebih 20,000 baru-baru ini, negara akan mempunyai lebih 2.6 juta pekerja asing menjelang Disember tahun ini, melebihi sasaran Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu 2.5 juta pekerja asing.

Beliau berkata kemasukan pekerja asing telah mencecah sasaran keperluan tenaga asing bagi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan manakala bagi sektor perladangan dan pertanian, kerajaan akan memproses mengikut kelulusan kuota yang sedia ada buat masa ini tanpa melibatkan kelulusan baharu dan berdasarkan kes.

Media tempatan melaporkan Bangladesh memohon kepada Malaysia membenarkan masuk hampir 17,000 pekerja Bangladesh yang mempunyai visa kerja yang diluluskan, namun terlepas tarikh akhir 31 Mei untuk tiba di Malaysia dengan melanjutkan tempoh kemasukan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata beliau tidak mencampuri siasatan kes seorang anggota pengiring orang kenamaan memukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), sebaliknya menyerahkannya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

"Itu kena IGP (Ketua Polis Negara) kot. Saya tak campur itu, bagi IGP buat," katanya.

Pada Jumaat, Razarudin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil para pegawai yang terlibat dalam siasatan kes tersebut ke Bukit Aman, untuk membantu siasatan dalam masa terdekat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Denda RM30,000 Wajar, Lindungi Nasib Pekerja Asing - KKIM

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Sukan 1 jam yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 19 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM