web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 8:30AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama penerima surat keputusan kewarganegaraan selepas majlis penyerahan di Putrajaya, semalam. gambar FB KDN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan anak yang dilahirkan oleh wanita Malaysia di luar negara akan dimuktamad secepat mungkin selepas sesi libat urus bersama pihak berkaitan selesai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sesi libat urus berkaitan perkara itu sedang giat dijalankan bersama pemegang taruh, parti politik, badan bukan kerajaan dan aktivitis.

"Kita akan uruskan secepat mungkin, ketika ini saya masih melakukan libat urus dengan pihak berkaitan jadi selesai sesi ini, ia akan dibawa ke Parlimen," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di sini, semalam.

Pada 8 Mac lalu, Kabinet meluluskan cadangan pindaan berkaitan hak kewarganegaraan anak dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu itu.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution sedia bersemuka dengan sesetengah pihak yang telah menyuarakan ketidakpuasan berhubung cadangan pindaan itu.

"Kami di Kementerian Dalam Negeri sentiasa terbuka untuk didatangi mereka. Tidak ada masalah sebab saya boleh mendengar daripada mereka dan begitu juga mereka boleh mendengar daripada pihak kami, itu yang dinamakan perbincangan," katanya.

Beliau juga berkata, 80 peratus daripada 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan secara pendaftaran telah diluluskan setakat 7 Mac lalu.
Saifuddin Nasution berkata, selebihnya adalah permohonan yang ditolak disebabkan pendaftaran tidak lengkap, selain didapati menggunakan dokumen palsu dan anak terbabit tidak berada di negara ini.

"Namun, mereka yang gagal masih boleh membuat permohonan semula, selain kena pastikan anak itu berada di Malaysia," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah