web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 4:08PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Membenarkan kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, kata kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL).

Pengarahnya, Zaid Malek berkata banyak kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak berkenaan isu itu disalahertikan dan memutar belit makna Perkara 153 itu dan kaitannya dengan UiTM. 

Zaid mengulas kenyataan Pemuda Bersatu yang mengatakan membuka UiTM untuk kaum lain bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan Pemuda Bersatu dikeluarkan sebagai menyokong bantahan pelajar UiTM terhadap cadangan membenarkan kemasukan bukan Bumiputera dalam program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks.

“Ia juga menyebabkan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir mengeluarkan kenyataan perkara itu tidak dibincangkan atau diluluskan oleh kementeriannya, yang berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Ini tidak mengejutkan kerana kerajaan dan pemimpin politik sejak awal 1970-an menyalah tafsir dan menyalahgunakan Artikel 153 untuk kepentingan politik dan menjejaskan perpaduan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaid yang juga seorang peguam berkata Perkara 153(2) membenarkan Agong untuk menentukan pembahagian hak istimewa pendidikan yang munasabah kepada kaum Melayu dan orang asal Sabah dan Sarawak.

“Tetapi Perkara 153(1) menyatakan dengan jelas kepentingan sah kaum lain perlu dilindungi ketika menggunapakai peruntukan itu,” katanya.

Sehubungan itu, tiada bahagian dalam Perkara 153 yang menjadikan tindakan membenarkan bukan Bumiputera mendaftarkan diri sebagai pelajar di mana-mana kursus di UiTM sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan, jelasnya.

Dalam satu kenyataan dua hari lalu, UiTM berkata ia kekal dengan misinya untuk memperkasakan Bumiputera dan tidak akan mengubah dasar kemasukan pelajar untuk membenarkan kemasukan pelajar semua kaum.

Naib Canselor Shahrin Sahib berkata senat atau majlis eksekutif tidak pernah membincangkan dasar kemasukan pelajar, dan ini selari dengan kenyataan menteri yang kerajaan kekal komited dengan objektif asal UiTM.

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM membantah cadangan kemasukan pelajar bukan Bumiputera, menggesa ahlinya mengenakan pakaian berwarna hitam dalam protes itu.

Mengulas lanjut, Zaid menggesa kerajaan jangan terlalu mengikut desakan golongan etnik nasionalisme yang tidak mengendahkan keterdesakan sistem kesihatan negara.

Beliau berkata UiTM adalah universiti awam yang didanai oleh pembayar cukai dan perlu digunakan sepenuhnya bagi memastikan sistem kesihatan negara ini tidak bertambah merosot.

“Adanya pakar bedah membawa perbezaan antara hidup dan mati, tidak kiralah mereka Bumiputera atau bukan Bumiputera.

“Sistem politik berbeza antara Bumiputera dan bukan, tetapi penyakit tidak mengira kaum,” katanya. – The Malaysian Insight, 18 Mei, 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki