web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2024 5:03PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengekalkan dasar pengambilan pelajar sedia ada dan meneruskan visi untuk memperkasakan Bumiputera. 

Naib canselornya, Shahrin Sahib berkata tiada perbincangan di peringkat senat mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti mengenai perubahan dasar kemasukan pelajar, menambah ia selaras dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai komitmen kerajaan terhadap objektif asal UiTM.

Zambry semalam dilaporkan berkata isu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan universiti itu, sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

Cadangan supaya UiTM membuka sementara program pembedahan kardiotoraks pasca siswazah kepada pelajar bukan Bumiputera ditentang majlis perwakilan pelajar (MPP) universiti tersebut, yang kemudian menggerakkan kempen menyeru penuntut berpakaian hitam sebagai tanda bantahan.

MPP UiTM dalam satu kenyataan semalam berkata kesemua 214 ahlinya dengan tegas mempertahankan objektif penubuhan universiti itu sebagai sebuah institusi untuk orang Melayu, Orang Asli, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Shahrin berkata UiTM akan terus berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173, yang menyatakan UiTM ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Kami akan terus melaksanakan misi dan visi institusi memperkasakan Bumiputera,” kata Shahrin dalam satu kenyataan.

Beliau seterusnya menyeru semua mahasiswa supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan menggunakan masa mereka di universiti dengan bijak bagi mempersiapkan diri menghadapi masa depan yang mencabar.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) baru-baru ini menggesa UiTM supaya mengutamakan keperluan kesihatan awam dengan membuka sementara program pembedahan kardiotoraks pasca siswazah kepada pelajar bukan Bumiputera memandangkan negara berdepan kekurangan pakar khususnya pakar bedah kardiotoraks. – The Vibes, 16 Mei, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Sukan 22 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Sukan 3 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 1 jam yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran