web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Denda RM30,000 Wajar, Lindungi Nasib Pekerja Asing - KKIM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 6:13PM

Denda RM30,000 yang dicadangkan kerajaan mampu melindungi pekerja asing daripada dianiaya syarikat atau ejen - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Denda RM30,000 yang dicadang mahu dikenakan ke atas syarikat kerana gagal mendapatkan pekerjaan buat pekerja asing di bawah kelolaan mereka diyakini mampu membela golongan berkenaan daripada terus teraniaya.

Cadangan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu juga dilihat mampu menutup peluang segelintir ejen dan syarikat yang mengambil kesempatan menjual kuota pekerja asing.

Presiden Parti Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramaih  berkata, tindakan beberapa syarikat yang ‘menyeleweng’ ketika menguruskan pengambilan pekerja asing memberi kesan besar kepada majoriti industri tempatan.

Menurut beliau, denda dalam jumlah besar ini mampu memainkan peranan sebagai amaran untuk mencegah perbuatan mereka daripada terus berleluasa.

“Apabila kerajaan turut menyenaraihitam semua syarikat terlibat, kita melihat ia sebagai satu tindakan tegas dan ‘menakutkan’ pihak terlibat. 

“Apabila warga asing ini tidak berjaya mendapat pekerja dijanjikan, masalah besar akan timbul melibatkan kelangsungan hidup mereka,” katanya kepada Getaran di sini.

Shanmugam Ramaih
Shanmugam Ramaih

Jelas Shanmugam, senario tersebut menyebabkan ada yang tersepit sehingga terpaksa meminjam daripada lintah darat atau melakukan kerja-kerja rencam demi mencari rezeki.

“Kos untuk mereka datang ke sini bukan kecil. Ramai antara mereka terpaksa meminjam untuk membayar upah ditetapkan ejen atau syarikat.

“Apabila tiba di Malaysia, gagal pula mendapat pekerjaan yang dijanjikan. Lebih malang, ada yang dikurung berhari-hari tanpa makanan mencukupi,” katanya, kesal.

Tegas beliau, ini adalah antara faktor yang menyebabkan negara dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Warga asing ini sepatutnya adalah pekerja yang sah, tetapi kerana tidak memperoleh pekerjaan dan permit, status mereka berubah menjadi haram.

“Ini menyumbang kepada kehilangan pendapatan negara kerana pekerja asing haram tidak membayar sebarang cukai,” katanya. - Getaran, 10 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Azalina Gesa Siasatan Segera Pekerja Asing Dijanji Pekerjaan Tidak Wujud

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu

Semasa 19 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 19 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM