web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perjuangan Isu Palestin Harus Diteruskan - Afdlin Shauki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 2:09PM

Afdlin Shauki bersama Dr Hafidzi membincangkan isu Palestin dalam program Wacana Ikram Selangor (WISE) Siri-3: Palestin Kemenangan Yang Dekat, secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Isu penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Zionis pada dasarnya bukan sekadar isu kemanusiaan, tetapi turut berkait rapat dengan aspek keagamaan.

Pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS), Datuk Afdlin Shauki Aksan, berkata perkara itu tidak perlu dipolemikkan, sebaliknya harus terus diperjuangkan bagi membantu rakyat Palestin memperoleh kebebasan sebenar.

Katanya, apa pun asas perjuangan rakyat Malaysia dalam membantu bersuara demi kebebasan Palestin adalah hak masing-masing tanpa perlu disanggah oleh mana-mana pihak.

"Ia (isu Palestin) adalah apa saja yang anda mahukan, jika anda rasa ia isu keagamaan, terserah, jika anda mahukan ia sebagai isu kemanusiaan, terserah.

"Pada saya, ia terserah kepada anda sendiri, yang sangat-sangat penting adalah tindakan anda," katanya dalam Wacana Ikram Selangor (WISE) Siri-3: Palestin Kemenangan Yang Dekat.

Wacana itu dianjurkan WISE secara langsung menerusi Facebook yang menampilkan Afdlin dan  Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor sebagai panelis.

Afdlin yang pernah menjejakkan kaki di bumi Gaza, Palestin pada tahun 2012 berkata, selepas lebih seminggu gencatan senjata diumumkan antara rejim Zionis dengan pejuang Hamas, isu Palestin semakin sunyi di media sosial.

Katanya, apa sahaja isu penindasan rakyat Palestin tidak boleh dihentikan dengan gencatan senjata, sebaliknya perlu terus diperjuangkan sehingga kebebasan mutlak diperoleh.

"Banyak perkara yang berlaku sekarang membuatkan kita leka kerana kita hendak dilupakan dengan penderitaan rakyat Palestin dan beratnya isu ini.

"Sekarang dah nampak macam senyap isu ini sebab gencatan senjata, jangan senyap. Teruskan lagi. Ia harus dipanjangkan bagi membakar semangat untuk terus bersuara," katanya. - Getaran, 30 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia