web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1,000 Klinik, Hospital Swasta Jadi PPV Sebelum Akhir Jun ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2021 5:18PM

Seorang warga emas mendapat suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Perubatan MSU, Shah Alam, baru-baru ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan meletakkan sasaran untuk menjadikan 1,000 klinik perubatan am swasta (GP) dan hospital swasta sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum 30 Jun ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata ini membolehkan PPV swasta itu mampu memberi vaksin dengan sasaran kira-kira 40,000 dos sehari, tertakluk kepada bekalan vaksin.

“Ini sasaran kita untuk klinik (dan hospital) swasta, tertakluk kepada bekalan vaksin. Sebelum ini klinik dan hospital swasta tidak perlu terlibat dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebab bekalan vaksin tidak banyak.

“Selepas ini, apabila bekalan vaksin sudah meningkat maka kita hendak memudah cara klinik dan hospital swasta untuk memberi vaksin melalui program kita secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPV di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Khairy berkata sehingga kini 1,800 GP daripada 2,500 GP berdaftar telah menjalani latihan bersama ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sebelum membuka PPV masing-masing.

Mengenai isu bakal jemaah haji yang telah disuntik vaksin Sinovac, beliau berkata kerajaan akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi bagi memberi kelonggaran kepada golongan itu.

Ini berikutan Arab Saudi ketika ini hanya meluluskan vaksin jenama Pfizer dan AstraZeneca bagi memasuki negara itu.

“... kalau untuk bakal jemaah haji yang belum divaksinasi, untuk Tabung Haji kita bagi Pfizer.

“Saya juga telah minta nasihat daripada jawatankuasa pakar kita sekiranya seseorang disuntik dengan Sinovac boleh disuntik lagi dengan Pfizer, itu pun belum terima jawapan,” katanya.

Sementara itu, Khairy turut mengumumkan ciri-ciri terbaharu di dalam aplikasi MySejahtera akan ditambah bagi membolehkan pengguna yang menerima salah tarikh janji temu vaksin AstraZeneca untuk membatalkan atau menukar tarikh baharu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia