web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 4:36PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu bersedia untuk mengambil risiko yang terhitung ketika menempa masa depan ekonomi baharu bagi negara ini, terutama dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, perkara itu adalah antara tiga penekanannya untuk 2024 dalam menjadikan pelaburan dan perdagangan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.

"Kedua, kita mesti melaksanakan rancangan kita dengan tepat. 2024 adalah tahun penting untuk kita terus maju di atas asas yang telah dibina tahun lepas.

"Ketiga, kita mesti kekal di laluan yang telah dirangka, tidak kira betapa sukarnya cabaran. Kita juga perlu menjelaskan inisiatif serta rasionalnya secara konsisten kepada rakyat, di samping manfaat kepada mereka dalam jangka masa panjang," katanya menerusi catatan '2024: Masa Untuk Bersemangat Waja' di akaun media sosial rasminya pada Ahad.

Beliau berkata, dalam menyambut kehadiran Tahun Baharu 2024, penting untuk mengimbau dan mengambil iktibar daripada cabaran tahun lalu.

"2023 adalah tahun yang penting bagi MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dalam membentuk masa depan ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan untuk Malaysia bagi semua aspek: pelaburan, perdagangan dan industri," katanya.

Tengku Zafrul berkata, hasil yang paling mampan sentiasa mengambil masa untuk dilaksanakan namun, sama ada suka atau tidak, perubahan luaran akan berlaku.

Justeru, Malaysia mesti memastikan industrinya bersedia lebih awal supaya tidak terkemudian, dan MITI akan terus berada di landasan, katanya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Malaysia memerlukan pemikiran radikal (pemikiran moonshot) iaitu perlu yakin dalam mencapai sesuatu yang di luar jangkaan biasa, seperti penyelesaian radikal berdasarkan teknologi terbaharu bagi menyelesaikan masalah yang kelihatan mustahil untuk diatasi.

"Azam Tahun Baharu saya adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia berfikiran sebegini, dan meyakinkan mereka untuk terus berbuat demikian.

"Matlamat kita adalah untuk memperkukuh masa depan ekonomi Malaysia, dengan belia kita mempunyai pekerjaan dengan gaji yang berpatutan, dan syarikat mencapai keuntungan berlipat ganda," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

3

Ekonomi 11 bulan yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Malaysia Catat Kemajuan Positif Dalam Daya Saing Global

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 16 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 1 hari yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight