web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Paparan Di Akaun Instagram Milik Ibu Selebriti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 11:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada 5.44 petang tadi.

“Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku telah tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti itu dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun Instagram tersebut,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Anuar berkata polis masih menyiasat perkara itu kerana dipercayai sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, Instagram milik ibu selebriti itu telah memaparkan gambar dan berita TV3 dengan visual Sultan Johor bertajuk ‘Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar’ beserta kapsyen berbentuk kritikan.

 Ibu selebriti itu bagaimanapun mendakwa seorang pekerjanya telah menyalahgunakan akaun Instagram miliknya bagi tujuan peribadi sebelum membuat laporan polis petang tadi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia